
PROJEK INFAQ / WAKAF APT
Di Akademi Pemikiran Turath (APT), setiap majlis ilmu adalah pelaburan akhirat. Namun, untuk menyebarkan mutiara ilmu ke seluruh pelosok dunia, kami memerlukan peralatan media yang lengkap – kamera, mikrofon, lampu, kabel dan kelengkapan lain – agar kuliah dan pengajian dapat dirakam serta disiarkan dengan kualiti terbaik.
Bayangkan… setiap huruf dan ayat yang disampaikan oleh para asatizah dapat terus mengalir kepada ribuan penonton walaupun jarak memisahkan. Inilah sedekah jariah yang pahalanya mengalir tanpa henti.
“Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” – Hadis Riwayat Muslim
Mari bersama memancarkan cahaya turath ke seluruh dunia!