
PROJEK INFAQ APT
SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN 1.0
Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya".
(Hadis riwayat Muslim).
Bantu kami sediakan...
Belanja Operasi & hebahan program Ilmu APT
Jamuan Makanan Peserta
Belanja penempatan & pengangkutan harian Syeikh
DAURAH PRA FESTIVAL TURATH ISLAMI
15 & 16 FEB 2025
BACAAN KHATAM SELAWAT DALAIL KHAIRAT &
PENGAJIAN KITAB AL-QURAN: KEBENARAN ABADI DI ARUS SAINS DAN PEMIKIRAN MODEN
Beliau adalah seorang ilmuwan luar biasa yang menggabungkan dua bidang keilmuan unik—Syariah Islamiah dan Kejuruteraan Nuklear. Graduan cemerlang Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar (tempat pertama) dan pemegang PhD dalam Kejuruteraan Nuklear dari Universiti Iskandariah, beliau memiliki kepakaran mendalam dalam agama dan sains.
Dengan lebih dua dekad pengalaman akademik, beliau berkhidmat sebagai penyelidik Syariah dalam ensiklopedia fiqh, penasihat di Darul Ifta’ Mesir, serta tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar dalam bidang Fiqh, Usul Fiqh, dan Mantiq. Berguru dengan tokoh ulama besar seperti Prof. Dr. Ali Jum’ah dan Sheikh Abdullah bin Aqil, beliau turut menulis karya akademik penting dalam bidang Syariah.
Keilmuannya yang luas dan pendekatan saintifik dalam memahami Islam menjadikan beliau tokoh yang layak untuk dikongsi manfaatnya. Sokongan anda terhadap pengajian beliau akan membantu menyebarluaskan ilmu yang bernilai ini kepada lebih ramai pencari ilmu!
KITAB PENGAJIAN
kitab ini akan diguna sepanjang program di atas
Kami memerlukan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk menampung perjalanan dan program Dakwah bulan ini.
Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.
TERIMA KASIH