
Kenali Asas Ilmu Akidah Lengkap dalam tempoh 1 hari?
Wariskan ilmu akidah karya ulama tanah Melayu pada anak-cucu
Seharian kelas tumpuan, bersistem dan meningkat tahapan dari masa ke semasa
MEMPERKENALKAN BUKU
Kitab Taqrib al Ikhwan karangan Baba Abdul Qadir Wan Ngah Sekam merupakan risalah ringkas
Kitab Taqrib al-Ikhwan karya Baba Abdul Qadir al-Sekam merupakan rujukan utama dalam kalangan masyarakat Melayu, mengharmonikan ilmu akidah, fikah, dan tasawuf dengan bahasa Jawi yang mudah difahami. Ia bukan sahaja relevan sepanjang zaman, tetapi juga menjadi asas pengajian agama di pondok dan madrasah, khususnya di Patani, Kelantan, dan Terengganu. Kitab ini mencerminkan keilmuan ulama Melayu yang berjaya memperkaya tradisi Islam dan menyatukan masyarakat melalui panduan agama yang sahih dan mendalam.
PELUANG BELAJAR BERSEMUKA!
DENGAN ILMUWAN YANG AHLI
Daurah Khatam Asas Aqidah (Siri 3) selama 4 hari dan 1 hari 4 sesi, Setiap Sabtu-Ahad, 9 pagi hingga 5 petang (24 & 25 Mei 2025, 31 Mei & 1 Jun 2025). Baca sehingga Khatam.
Tentatif Harian:
9.15 pagi - Majlis Bacaan Zikir dan Selawat
9.30 pagi - Sesi 1 Daurah
10.30 pagi - Rehat
11.00 pagi - Sesi 2 Daurah
1.00 petang- Rehat & Makan Tengahari
2.00 petang - Sesi 3 Daurah
3.30 petang - Rehat
3.45 petang - Sesi 4 Daurah
5.00 petang - Bersurai
SIAPA PENGAJAR DAURAH KALI INI?
Beliau, Baba Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli
Raih tempat kedua dalam pertandingan Pencetus Ummah Musim Pertama
PU Faiz memulakan pengajian agamanya di Ma'ahad Darussalam Li Tahfiz Al Quran Telipot, Kota Bharu, Kelantan, selama 3 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Ma'ahad Muhammad Lilbanin, sambil tinggal di Madrasah Ad Diniah Al Bakriah, Pondok Pasir Tumboh.
Beliau juga menuntut ilmu dari guru-guru di sekitar Kelantan dan Pattani. Pada akhir 2009, Ustaz Faiz meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, serta aktif menggerakkan Pengajian Pondok di sana yang diasaskan oleh Tuan Guru Baba Muhammad Kelubi.
PU Ustaz Faiz telah menimba ilmu daripada beberapa tokoh dan ulama terkemuka. Antara guru-gurunya ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Haji Salleh (Pak Su Hamid Gunong), Tuan Guru Haji Wan Omar Bin Wan Ismail, Tuan Guru Ustaz Abdul Aziz Kelantan, Tuan Guru Ustaz Azril Hisyam, dan Tuan Guru Baba Muhammad Adnan Bin Abdul Wahab Al Fathoni A Azhari. Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Baba Zulkifli Kaduk, Almarhum Tuan Guru Baba Tohir, serta guru-guru di Pondok Pasir Tumboh, yang kesemuanya membentuk asas kuat dalam ilmu agama beliau.
BAGAIMANA DAURAH ASAS TAUHID INI DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM KEHIDUPAN?
Selepas belajar dalam daurah, antara manfaat jelas yang berlaku:
1
Membuatkan keimanan hidup lebih utuh dengan sifat 20 sebagaimana warisan kefahaman para Ulama Tanah Melayu.
2
Tingkat pemahaman pembendaharaan istilah dalam ilmu akidah.
3
Akan rasa hidup lebih tenang, semua soal terbuku di hati akan terus terjawab.
APA KATA MEREKA YANG DAH HADIR?
BERAPA YURAN DAURAH INI?
Kalau ikut hasil kerja tenaga pengajar dan rate semasa, RM100 sejam. 8 jam sehari program maka RM800 tidak kurang memang selayaknya kita buat yuran RM800.
Tapi
Hari Ini , saya buat keputusan untuk beri
RM60 sahaja!
Ya,
Kemasukan RM 60 sahaja!
Jangan lepaskan peluang untuk sertai Daurah Asas Tauhid ini pada hari ini.
(Pihak Akademi akan menyediakan jualan kitab dan merayu untuk pihak tuan/puan dapat infaq untuk meneruskan program-program pemantapan Akidah buat rakyat Malaysia)
Sertai group whatsapp Daurah untuk maklumat lebih lanjut:
Group Whatsapp Daurah Asas Tauhid
(Sekiranya kalian ingin HADIR sahaja TANPA KITAB pilih "Pengesahan Kehadiran" sahaja. Jika ingin kitab, pilih untuk dihantar "Semenanjung" atau "Sabah/Sarawak" ikut alamat anda)